Thursday, November 15, 2018

Atmosphere Sky - Air Purifier



Ciri-ciri Atmosphere Sky

Penurasan 3 Peringkat:

ATMOSPHERE SKY menggunakan 3 penuras untuk mengurangkan lebih daripada 300 bahan cemar daripada udara yang melalui unit dengan berkesan.

1. Prapenuras: Menangkap serat dan rambut bawaan udara yang besar.

2. Penuras HEPA: Menyingkirkan partikel kecil seperti alergen, bakteria, kulapuk, virus, kulat dan asbestos.

3. Penuras Karbon: Mengurangkan formaldehid, dioksin dan ozon serta bau daripada merokok, memasak dan haiwan peliharaan.


Manfaat

Sistem Rawatan Udara ATMOSPHERE SKY baru lebih pantas, lebih pintar dan lebih berkesan – sambil mengekalkan kecekapan tenaga yang tinggi dan penggunaan tenaga yang rendah. Pelancaran Sistem Rawatan Udara ATMOSPHERE SKY menetapkan piawaian baru untuk kualiti udara rumah dengan Inteliflow, sistem peredaran udara dalaman kami yang unik. Inteliflow menggabungkan sensor partikel kami yang telah terbukti dengan sistem penurasan tiga peringkat dan perumah motor unik untuk menghasilkan udara yang lebih bersih.

Mengurangkan lebih daripada 300 bahan cemar daripada udara yang melalui unit.Menuras 99.99% partikel sekecil 0.007 mikron.Kadar Penghantaran Udara Bersih (CADR) lebih daripada 300 kaki padu seminit untuk membersihkan bilik hingga 465 kaki persegi.

Sistem ATMOSPHERE SKY kini juga termasuk kawalan skrin sentuh dan keupayaan untuk disambungkan ke telefon pintar anda menggunakan sambungan tanpa wayar terbina dalam yang membolehkan pengguna mengawal unit daripada peranti mereka. Muat turun aplikasi ATMOSPHERE CONNECT ke telefon pintar atau peranti mudah alih anda dan gunakannya semasa berada di rumah atau di luar untuk:

Melaraskan tetapan,Memantau status penuras danMemeriksa kualiti udara bilik anda.

Penuras partikel unit ATMOSPHERE SKY boleh menyingkirkan 99.99% partikel sekecil .007 mikron dengan berkesan apabila ia melalui unit.




No comments:

Post a Comment